Header

Mukhriz Mahathir dilantik pengerusi Mada


JITRA, 31 Mac — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuatkuasa 1 Mac lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata pelantikan Mukhriz dibuat setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“MADA adalah institusi yang sangat penting dalam pembangunan padi beras negara, pihak kementerian telah membuat beberapa keputusan penting bagi memastikan pembangunan MADA untuk tingkatkan hasil padi negara.

“Sebagai menteri besar Kedah kami berpandangan pada masa ini, beliau (Mukhriz) paling sesuai memimpin MADA,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Oblong Burger Manufacturing Facility di Kampung Cherok Mokkan dekat sini, petang ini.

Beliau berkata pelantikan menteri besar sebagai pengerusi lembaga itu juga dilihat akan dapat mengurangkan isu berkaitan birokrasi di samping mempercepatkan sebarang penyaluran bantuan.

Sebelum ini, pengerusi MADA ialah Datuk Othman Aziz. — Bernama


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.