Header

Najib dakwa diganggu lagi, 'makan nasi campur pun tak senang'


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Datuk Seri Najib Razak mendakwa penyokong Pakatan Harapan (PH) cuba melakukan provokasi ketika beliau turun padang dan bersarapan di Kuala Selangor pagi tadi.

Bekas perdana menteri itu berkata polis bagaimanapun bertindak pantas menghalang provokasi itu.

“Seperti penyokong “Raykat” DAP yang membuat hal semasa saya di sebuah restoran dekat UM (Universiti Malaya) dua minggu dahulu, orang PH cuba lagi untuk melakukan provokasi semasa sarapan pagi saya di Selangor.

“Saya makan nasi campur pun PH tak senang,” catatnya di Facebook.

Tiga penyokong Umno termasuk Datuk Lokman Noor Adam didakwa di mahkamah kerana melakukan kekerasan semasa program Najib dekat UM.

Najib berkata kali ini penyokongnya lebih bersabar dan tidak termakan provokasi pihak lawan.

“Penyokong kami tidak lagi senang untuk termakan provokasi dan termasuk perangkap pihak PH yang hanya berhasrat untuk mencari gaduh.

“Yang memulakan provokasi akan terlepas. Yang memberi reaksi kepada provokasi akan ditangkap dan didakwa,” katanya lagi.




DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.