Header

SPRM ambil dokumen dari pejabat tanah, hutan Raub kes ladang durian


KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil dokumen di beberapa agensi kerajaan untuk siasatan kes mengusahakan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata hingga kini SPRM sedang meneliti dokumen yang diambil dari Pejabat Hutan Daerah Raub serta Pejabat Tanah Daerah Raub untuk tindakan selanjutnya.

SPRM perlu mengkaji dokumen berkenaan kerana dakwaan itu harus dilihat daripada pelbagai sudut untuk melihat kemungkinan wujudnya elemen salah guna kuasa berhubung pencerobohan itu.

Hingga semalam katanya, seramai 18 individu sudah dipanggil dan dirakam percakapan dan pihaknya menjangkakan jumlahnya akan bertambah selepas ini.

"Sebelum ini kita sudah panggil 14 individu yang mengusahakan tanah terbabit dan hingga semalam ia bertambah kepada 18 dan mungkin hari ini lebih lagi.

"Mereka yang dipanggil ialah yang terbabit mengusahakan tanah di Raub itu untuk kita mendapatkan maklumat mengenai beberapa perkara.

"Dokumen yang kita peroleh itu untuk dikaji kerana isu ini perlu dilihat dari semua sudut untuk diketahui perkara sebenar, ...kita tidak boleh dengar dari sebelah pihak sahaja," katanya.

Sebelum ini, sebahagian Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras seluas kira-kira 4,400 hektar dibangunkan sebagai ladang durian haram sejak 40 tahun lalu.

Kegiatan itu menyebabkan kerajaan negeri kerugian hasil cukai sebanyak RM30 juta dalam tempoh 10 tahun.




______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.