Header

DAP perlu bersedia hadapi kemungkinan PRN Johor


SEGAMAT -
Ahli DAP perlu bersedia menghadapi kemungkinan sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilaksanakan pada bila-bila masa.

Naib Pengerusi DAP Johor, Tan Chen Choon berkata, keadaan politik di Johor kini berubah-ubah dan sebarang kemungkinan boleh berlaku dengan jumlah kerusi yang hampir sama antara Perikatan Nasional (PN) iaitu 29 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi.

"Terdapat 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan agihan terkini UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu(12), MIC (2), Pas (satu ), sementara Amanah (9)dan PKR (4).

"DUN Johor bakal tergantung jika salah seorang ADUN daripada blok kerajaan melompat parti ke blok pembangkang menyebabkan kerajaan PN dan PH mempunyai bilangan kerusi DUN yang sama iaitu 28," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah berkata, ahli serta jawatankuasa negeri parti perlu mula merangka persediaan jika PRN dilaksanakan.

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.