Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hala tuju parti selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincang dalam Biro Politik UMNO dan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti.
Beliau berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.
"Kita
sedang melakukan post mortem menyeluruh (dan semua) pimpinan parti
boleh beri pandangan," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di
sini pada Rabu.
Terdahulu, Timbalan
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa Ahmad Zahid menjelaskan
pedoman dan hala tuju jelas kepada semua ahli berkaitan kerjasama parti
itu dengan saingan politiknya.
Beliau
berkata, konsensus politik yang tegas harus dihasilkan untuk meredakan
keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO
diperlakukan dalam PRN Sabah.
______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Post a Comment