Header

Vui Keong masih tidak sedarkan diri - Jaujan Sambakong


SANDAKAN:
"Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi," kata Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakong.

Ia sebagai reaksi ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan Datuk Liew Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap WARISAN.

Jaujan berkata, setakat ini Vui Keong masih tidak sedarkan diri dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

"Pada awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beliau masih sihat. Namun, di akhir kempen beliau dilaporkan tidak sihat.

"Setakat ini, pelawat belum dibenarkan menziarahi beliau. Semalam, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ingin melawat beliau, tapi belum dibenarkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sejak semalam tular keadaan Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan kritikal akibat radang paru-paru.

Beliau juga adalah Pengarah Jentera Pilihan Raya WARISAN Plus bagi PRN Sabah baru-baru ini.




______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.