Header

Sabah milik Malaysia sampai bila-bila – Hishammuddin


KUALA LUMPUR:
Malaysia sekali lagi menegaskan tidak akan melayan mana-mana tuntutan asing termasuk Filipina untuk mendapatkan Sabah.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedudukan negeri itu dalam peta Malaysia tidak boleh dipertikaikan sampai bila-bila.

Justeru katanya, Sabah akan terus dipertahankan walaupun Filipina sebelum ini membuat tuntutan berulang kali. 

“Semua mesti bersatu pertahan kedaulatan Sabah. Seperti ditegaskan sebelum ini, kita tidak akan layan atau iktiraf tuntutan pihak asing ke atas Sabah.

“Kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak boleh dipertikai dan akan terus dipertahankan sampai bila-bila,” katanya menerusi ciapan Twitter miliknya hari ini.

Filipina sebelum ini  berusaha menghidupkan semula sebuah pejabat di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) yang dikhaskan sebagai usaha merebut semula Sabah. – UTUSAN

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.