Header

Timbalan Menteri Kesihatan lantik adik beradik dalam kementerian ?


Siapa mereka yang berjawatan di Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan 1?

Bila tengokkan kepada nama terus terbayang adakah ini Keluarga 69 tajuk filem yang pernah diterbitkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Mengikut direktori Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan 1 Dato’ Haji Noor Azmi bin Ghazali. Manakala jawatan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1 pula Encik Muhammad Ubaidah bin Noor Azman serta Encik Noor Azman bin Ghazali sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1.

Adakah Noor Azmi dan Noor Azman adik beradik? Adakah Muhammad Ubaidah anak kepada Noor Azman dan juga anak saudara kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1 Noor Azmi?

Jawatan-jawatan yang mereka duduki itu bertaraf gred 54 atau 52. Siapkan yang membayar gaji dan elaun kepada Muhammad Ubaidah Noor Azman dan Noor Azman Ghazali?

Adakah gaji dan elaun mereka dibayar oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1 atau dibayar oleh kementerian mahupun Jabatan Perkhidmatan Awam?

Senang betul mereka-mereka ini mencari sumber pendapatan?


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.