Header

Ruslan Kassim meninggal dunia


KUALA LUMPUR:
Bekas  Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ruslan Kassim meninggal dunia pada di Hospital Selayang pukul 2 petang tadi selepas implikasi jantung dan komplikasi buah pinggang.

Presiden Perkasa, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, jenazah akan dibawa dan di kebumikan di Batang Kali malam ini selepas Isyak.

“Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang tadi selepas beberapa tahun menghidap komplikasi buah pinggang.

“Jenazahnya akan dikebumi malam ini selepas isyak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Allahyarham sebelum ini bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menubuhkan parti itu. 

Selain itu, beliau antara individu yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan penangkapan dan penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau aktif sebagai Pemuda UMNO Negeri Sembilan tetapi dipecat selepas berdiri teguh di belakang  Anwar yang turut dipecat daripada kerajaan pada 2 November 1998. -UTUSAN

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.