Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
KUALA LUMPUR: Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa majoriti ahli Dewan Rakyat tidak lagi bersama perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mengakibatkan rakyat kecewa dan letih.
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan
hari ini berkata sentimen itu akan timbul memandangkan dakwaan tersebut
secara tidak langsung membuktikan wakil rakyat begitu gemar melompat
parti demi kuasa.
“Apa
yang pasti, negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin
bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan
pelaburan di negara kita.
"Dalam keadaan pandemik yang menyebabkan ekonomi menjadi teruk ini, pastinya akan menyebabkan rakyat semakin menderita.
“Rakyat
berharap agar Yang Di-pertuan Agong dapat berbuat sesuatu bagi
mengembalikan ketenteraman dan kestabilan politik negara bagi
mengelakkan pelbagai implikasi dan kekacauan,” katanya dalam kenyataan
itu.
Semalam, Anwar, yang juga Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh
untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.
Dalam
satu sidang media tergempar di Kuala Lumpur pada Rabu, beliau
menegaskan pada saat itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin "telah jatuh".
Bagaimanapun, Muhyiddin dalam kenyataan balas berkata ketika ini beliau masih lagi perdana menteri yang sah.
Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, jika dakwaan Anwar berasas, maka ia harus dibuktikan mengikut lunas-lunas Perlembagaan.
Dalam
pada itu, Aminuddin berkata sekiranya Dewan Rakyat dibubar, rakyat
diharap dapat membuat persiapan dan berani membuat perubahan untuk
memilih calon yang paling berwibawa dan berprinsip tidak kira parti.
______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Post a Comment