Pengundi Sabah terima pimpinan Muhyiddin
KOTA BHARU: Petanda jelas yang berlaku di Sabah semalam menggambarkan rakyat menerima kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi membantu rakyat menghadapi kesan wabak Covid-19 diterima baik.
Katanya, apa yang berlaku itu juga menjelaskan rakyat perlu satu bentuk permuafakatan parti-parti politik.
“Tidak
ada satu parti yang dominan boleh buat keputusan sendiri. Ini bermakna
semua parti politik perlu duduk berbincang bagi merangka keputusan
bersama.
“Dalam erti kata lain tidak ada ‘abang besar’ yang boleh
buat kata putus melainkan semua pihak duduk berbincang. Ini realiti
politik yang berlaku di negara kita,” katanya selepas majlis cabutan
undi kerja-kerja Kementerian Alam Sekitar dan Air peringkat jajahan Kota
Bharu, di Dewan Jubli Perak MPKB BRI hari ini.
Pada Pilihan Raya
Negeri Sabah semalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional
(BN) memenangi 38 kerusi daripada 73 kawasan yang dipertandingkan.
Manakala
Warisan Plus pula menguasai 32 kerusi Dun. Selain itu Bebas menang tiga
kerusi. Bagaimanapun hari ini Bebas dikatakan mengisytihar sokong
Perikatan Nasional.
Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar
dan Air berkata, perkembangan yang berlaku di Sabah itu memberi gambaran
positif gabungan parti kerajaan persekutuan menghadapi Pilihan Raya
Umum tidak lama lagi.
“Namun keputusan tersebut bukan jaminan untuk berasa selesa dengan situasi berkenaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/9/2020
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment