PAS akan pecat ahli, pemimpin langgar nilai moral - Hadi Awang
KUALA LUMPUR: PAS mementingkan nilai moral yang tinggi dalam kalangan ahli dan pemimpin parti itu dan jika ada yang melanggarnya serta melakukan tindakan yang bercanggah dengan Islam maka mereka boleh dipecat, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Yang penting moral dulu, kalau buat sesuatu maksiat yang bercanggah dengan lslam dan moral maka akan kita pecat dia.
"Dalam
PAS, (kesalahan) yang pertama adalah dari segi maksiat dulu, yang kedua
kalau ada salah laku itu, kita serah kepada undang-undang," katanya
kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Setengah Tahun
Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.
Beliau
diminta mengulas isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang gagal mematuhi kuarantin wajib di
rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lepas.
Terdahulu,
dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata biarpun baru berusia enam bulan,
pencapaian kerajaan PN adalah lebih baik dan positif berbanding era
pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata perbezaan jelas dapat dilihat dalam kalangan menteri PN dan PH.
"Banyak
perbezaan yang boleh ditunjukkan. Kalau dahulu ketika PH,
menteri-menterinya asyik sebut kerajaan dahulu dan apabila kita ambil
alih (kerajaan), perbezaannya amat positif.
"Kewujudan
PN sendiri adalah pencapaian terbaik yang mana kita berjaya menyatukan
parti-parti Melayu dan parti lain yang menyokong PN serta mendapat
dukungan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment