Header

Osman Sapian masih PPBM, kata setiausaha agung


KUALA LUMPUR:
Bekas menteri besar Johor, Osman Sapian, masih ahli PPBM, kata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin.

Beliau berkata buat masa ini, Adun Kempas itu hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Slim baru-baru ini, dan belum lagi dikenakan sebarang tindakan.

“Kalau dia mengaku cross the floor (italic), makanya keahlian terhenti. Buat masa ini, dia bukan cross the floor (italic). Jadi dia akan dipanggil untuk membantu siasatan. Biasanya siasatan akan ambil masa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Media mendakwa sewaktu PRK DUN Slim, Osman turun berkempen membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, yang mewakili kem bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin Megat Najmuddin Megat Khas senada dengan Hamzah dan berkata pihaknya akan memanggil Osman untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tuduhan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Penjelasan oleh Hamzah dan Megat Najmuddin itu susulan laporan media hari ini yang menyebut keahlian Osman terhenti secara automatik selepas didapati melanggar Perkara 10.2.3 perlembagaan parti.

Di Johor Bahru, Osman belum menerima surat rasmi setakat ini berhubung pelucutan keahliannya seperti didakwa.

“Tiada surat rasmi. Itu portal (italic) punya kerja,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Pengerusi PPBM Johor, Mazlan Bujang, ketika dihubungi menjelaskan isu “pelucutan keahlian” tersebut timbul daripada salah faham pemberita portal (italic) tersebut. - FMT


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.