Gugat Penyatuan Ummah Itu 'Kerja Syaitan' - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata golongan yang mahu memecah belah penyatuan ummah serta merosakkan perpaduan merupakan perosak agama.
Selain menyifatkannya berniat
jahat, timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu juga berpendapat perbuatan
seumpama itu sebagai 'kerja syaitan'.
Beliau
berkata demikian ketika ditanya berkenaan kajian badan penyelidik, Ilham
Centre yang menjangkakan strategi penyatuan Melayu digunakan Umno dan
PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak mampu bertahan lama.
“Kalau ada pihak yang cuba menggugat penyatuan ummah, itu kerja syaitan.
“Jika
tidak mahu dilabelkan begitu sila buat kerja lain dan jangan ganggu
penyatuan yang seharusnya disuburkan,” katanya seperti dipetik laporan
Sinar Harian hari ini.
Muhammad Sanusi turut
merujuk Surah al-Israa’ ayat 53 yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan
itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagi manusia."
Terdahulu,
kajian Ilham Centre menyatakan sebarang retorik penyatuan Melayu dan
ummah akan teruji ketika Muafakat Nasional (MN) berunding untuk agihan
kerusi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini terutama selepas Bersatu menyertai gabungan itu, sekali gus dijangka akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi kajian yang dilakukan Ilham Centre ibarat ‘sampah’ dan tiada fakta saintifik.
Malah, dia mendakwa mengenali individu yang terlibat dalam Ilham Centre yang dikatakanya adalah aktivis dari parti Amanah.
“Saya kenal siapa di belakang Ilham Centre. Kebanyakan mereka aktivis politik parti Amanah.
“Sebelum
Amanah wujud, ada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan
jawatankuasa penaja ini terdiri daripada mereka di belakang tabir badan
penyelidik itu.
______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
islamic dua fuaktsoft channel is the best channel to promote our children to religon and prompte the attention levelof our children.
ReplyDeleteIn Islam, Invocation (duʿāʾ) (Arabic: دُعَاء IPA: [duˈʕæːʔ], plural: ʾadʿiyah أدْعِيَة [ʔædˈʕijæ]) is a prayer of
supplication or request. ... Muhammad is reported to have said, "Dua is the very essence of worship."
https://www.youtube.com/channel/UCSiBnQ-1k1iNFO5hs04cdsw