Header

Ahmad Faizal negatif Covid-19


IPOH:
Keputusan ujian saringan Covid-19 Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu didapati negatif.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataannya memberitahu, Ahmad Faizal menjalani ujian saringan itu sebaik sahaja pulang dari Sabah, 20 September lalu.

Sehubungan itu Ahmad Faizal akan menjalani kuarantin di rumah.

“Menteri Besar memutuskan menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah proaktif tanpa arahan mana-mana pihak.

“Dalam tempoh itu juga, beliau tidak akan menghadiri majlis rasmi dan semua mesyuarat penting berlangsung secara sidang video dari rumah,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, langkah tersebut susulan peningkatan kes jangkitan wabak berkenaan di Sabah sepanjang kempen pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.