Header

Tian Chua: Ahli PKR perlu sokong Azmin, macam sokong Anwar


BUTTERWORTH, 25 Jun — Naib Presiden PKR Tian Chua menggesa anggota parti itu untuk menolak politik kotor yang sedang melanda negara dan bersatu menyokong penuh kepimpinan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, seperti mana sokongan mereka kepada presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Anggota Parlimen Batu itu berkata semua anggota PKR menyertai parti berkenaan mempunyai pendapat dan pegangan sama iaitu menolak politik fitnah dan jijik.

“Kemunculan dan kebangkitan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk menolak parti kotor dan bagaimana kita mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, begitu juga sekarang ini kita mempertahankan Datuk Seri Azmin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Keadilan Cabang Bagan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sini malam ini.

Katanya perjuangan untuk PKR itu adalah untuk memastikan negara bebas dari politik fitnah dan semua anggotanya tidak akan bertolak ansur dalam mempertahankan nilai asas ini.

“Saya sependapat dengan semua anggota parti yang ada di sini dan semua akar umbi. Kita semua menyertai parti ini kerana kita menolak politik fitnah. Kalau tidak, tak akan kita masuk Parti Keadilan Rakyat, saya tidak akan membazir masa 20 tahun di sini (bersama PKR),” katanya. — Bernama


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

2 comments:

  1. Dulu semua bela Anwar sebab yakin Anwar bukan peliwat. Lagipun tak ada bukti dalam bentuk video yang jelas. Pendakwa bawak tilampun gagal nak buktikan tilam itu diguna untuk melakukan adegan melenjan. Paling jelas tipu, tempat yang dikatakan berlaku kejadian, Villa Trivoli belum lagi siap pembinaan. Tak gitu?

    ReplyDelete
  2. Ahli PKR sudah pun salah sebuah parti pemerintah, seharusnya bertindak bijak dan smart action. Aku nk bg nasihat, Azmin perlu sedar, naik dia hari ini kerana sokongan presiden parti, kukuhnya kedudukannya hari ini kerana parti pkr, so faham2 udahla....sabor le. Akn smpi masanya nnti jwtn tetap ada. Kini, bg sokongan pd DSAI jd PM bukan melawan arus. Satukan semula ahli ada kerja dua2 team...bukan aku, bukan org lain tapi ahli pkr tu sendiri.
    Hanya one step aje utk DSAI jd PM.....

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.