Header

RM300,000 dibelanja pantau akhbar Cina untuk PMO


Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Seperti biasa Malaysiakini membawakan liputan secara langsung perbicaraan kes berprofil tinggi ini.

3.55pm - Saksi 'tak nampak' Najib dalam mahkamah

Saksi ke-15 merupakan bekas bendahari agung Upko, Marcus Mojigoh.

Ketika memberi keterangan, Marcus kadang-kadang merujuk kepada seorang "pengerusi", kemudian seorang "presiden", yang membuatkan timbalan pendakwa raya (DPP) memintanya mengesahkan jawatan sebenar.

Marcus: Datuk Seri Najib. Bossku.

DPP: Anda nampak dia dalam mahkamah ini?

Mojigoh: Saya tak nampak dia.

Kemudian, beberapa yang hadir dalam mahkamah menunjukkan kandang tertuduh.

Marcus akhirnya melihat Najib dan memberi isyarat tangan hormat, yang seterusnya dibalas bekas perdana menteri itu.

3.40pm: Penasihat Najib mahu tahu kenapa orang Cina antikerajaan, kata saksi.

Rita Sim berkata kerajaan BN pada 2015 mendapatkan khidmat syarikatnya untuk menilai dan merangka dasar berdasarkan sentimen komuniti Cina.

Ketika disoal peguam bela Muhamad Shafee Abdullah, Sim berkata kerajaan mahu memahami isu yang memberi kesan kepada komuniti itu.

Katanya, penasihat Najib ketika itu Allahyarham Jamaluddi Jarjis - yang hadir dalam pertemuan antara kakitangan syarikatnya dan Pejabat Media PMO di Putrajaya antara akhir 2014 hingga awal 2015 - mahu tahu mengapa komuniti Cina dilihat sebagai antikerajaan.

"Komuniti Cina perlu melihat kepada semua parti, bukan BN sahaja.

"Kerajaan semasa perlu merangka dasar untuk komuniti Cina kerana komuniti itu juga sebahagian daripada Malaysia," katanya.

Dia memberitahu Shafee bahawa antara isu yang dianggap penting orang Cina ialah pendidikan dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), selain masalah pendapatan golongan pertengahan (middle income trap).

"Saya warga Malaysia. Saya nasionalistik dan sayang negara saya," katanya sambil menambah dia tidak pasti sama ada kerajaan melaksanakan cadangan yang terkandung dalam laporan yang dihantar syarikat itu pada 2015.

3.25pm: Saya perlu terus tengok Najib, tanya saksi.

Media dan orang awam dalam mahkamah ketawa ekoran satu insiden apabila DPP Muhammad Saifuddin bertanya kepada saksi ke-14 pendakwaan Rita Sim, sama ada dia boleh mengecam Najib.

DPP: Anda pernah jumpa Datuk Seri Najib?

Sim: Ya, tetapi sentiasa secara berkumpulan.

DPP: Anda lihat dia di mahkamah hari ini?

Sim: Di mana saya perlu tengok?

Dia kemudian diarahkan untuk melihat kandang tertuduh, dan kemudian mengesahkan keberadaan bekas perdana menteri itu.

Sim: Ya saya nampak Datuk Seri Najib.

Selepas menjawab soalan Muhammad Saifuddin, Sim terus melihat ke arah Najib sebelum bertanya sama ada dia perlu terus melihatnya.

3.10pm: RM300,000 diguna untuk analisis media bahasa Cina, kata saksi.

Pihak pendakwaan memanggil saksi ke-14 mereka, Rita Sim, yang merupakan pengarah sebuah syarikat pemantauan media bernama Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (Cense).

Dalam keterangan kepada DPP Muhammad Saifuddin, Sim berkata syarikatnya membuat pemantauan dan analisis terhadap enam akhbar bahasa Cina kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) sepanjang Disember 2014 hingga Januari 2015.

Jumlah bayaran yang diterima syarikat itu ialah RM300,000 - RM150,000 sebulan - untuk perkhidmatan itu. Ia melibatkan ringkasa harian laporan akhbar yang dihantar menerusi Whatsapp kepada pejabat media PMO.

Sekeping cek bernilai RM300,000 kepada syarikat itu telah disahkan berasal daripada akaun Najib berkaitan kes SRC International oleh pekerja Ambank Badrul Hisham Mohamad minggu lalu.

Sim menjelaskan perkhidmatan yang diberi syarikatnya kepada PMO.

Sim: Kami melihat akhbar bahasa Cina dan laman web mereka setiap hari, ambil isu yang melibatkan komuniti Cina, dan ringkaskannya setiap hari dan hantar kepada pejabat media PMO.

Kami menghantar analisis harian ini kepada pejabat PMO.

DPP: Apa bentuk analisis (dihantar)?

Sim: Ia dibuat dan dihantar setiap hari menerusi Whatsapp, dan analisis mingguan menerusi emel. Dan laporan bulanan.

DPP: Jadi laporan bulanan juga melalui emel?

Sim: Ia sebenarnya ringkasan laporan mingguan.

DPP: Jadi anda kata anda pantau enam akhbar Cina?

Sim: Ya.

DPP: Boleh namakannya?

Sim: Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily, Kwong Wah Jit Poh, dan Oriental Daily.

Dalam keterangannya, Sim juga berkata syarikatnya berhubung dengan bekas penasihat Najib, Allahyarham Jamaluddin Jarjis, untuk memberikan perkhidmatan itu.

DPP: Anda terima arahan membuat pemantauan daripada siapa?

Sim: Arahan diberi oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Dia juga berkata syarikatnya menerima bayaran melalui akaun RHB Bank yang dibuka di cawangan Bangsar.

3.04pm: Wang untuk sumbangan kebajikan

Ahmad Sahar berkata RM1 juta yang diterima digunakan untuk kegiatan kebajikan Umno Pulau Pinang.

Ketika disoal peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, Sahar berkata wang RM1 juta yang diterima itu antara lain digunakan untuk membantu mangsa bencana alam seperti banjir, dan sumbangan kepada golongan miskin dan anak yatim.

"Wang juga diberi kepada masjid untuk menganjurkan program," katanya.

2.55pm: Setiausaha Umno P Pinang sahkan cek RM1 juta

Saksi ke-13 Ahmad Sahar mengesahkan sekeping cek AmIslamic bernilai RM1 juta diterima dan ditunaikan oleh unit komunikasi Umno Pulau Pinang pada 2015.

Dia yang merupakan setiausaha Umno negeri itu memberitahu hal itu kepada DPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi ketika sesi soal balas.

Pekerja Ambank Badrul Hisham Mohamad dalam keterangannya minggu lalu berkata unit komunikasi Umno Pulau Pinang menerima cek tersebut yang bertarikh 26 Februari 2015.

Wang itu disahkan daripada akaun Ambank yang dikaitkan dengan kes Najib berkenaan SRC International.



2.44pm: Najib tiba di mahkamah

Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan bersut hitam.

Beliau ke kandang tertuduh sementara Hakim Mohd Nazlan masuk ke kamar mahkamah untuk memulakan perbicaraan.

12.10pm: Perbicaraan ditangguh 2.30 petang.

Perbicaraan yang pada mulanya dijadualkan tengah hari ini ditangguhkan ke 2.30 petang.

Penangguhan itu selepas pihak pembelaan Najib memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh dan peguamnya masih terlibat dalam pendengaran lain di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Timbalan pendakwa raya (DPP) V Sithambaram kemudian bangun dari kerusi dan memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tiada bantahan berhubung perkara itu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian bertanya kepada pendakwaan jumlah saksi yang akan ditampilkan hari ini.

Sithambaram kemudian memaklumkan pihaknya akan menampilkan lima saksi.

Hakim menangguhkan perbicaraan ke 2.30 petang.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa
3 tuduhan pecah amanah
3 tuduhan pengubahan wang haram

Perbicaraan yang akan dikendalikan Hakim Mohd Nazlan Ghazali itu disambung semula hari ini dengan keterangan daripada saksi yang berkata beberapa pihak menerima ribuan hingga jutaan ringgit dari akaun Ambank yang dikaitkan dengan Najib.

Jumaat lalu, saksi kelima, Badrul Hisham Mohamad yang merupakan pengurus pusat pelulusan cek Ambank, memberi keterangan bahawa 17 cek AmIslamic yang diluluskan pada 2015 termasuklah RM1 juta kepada Upko, RM1 juta kepada unit komunikasi Umno Pulau Pinang, RM300,000 kepada Umno Johor Bahru, dan RM50,000 kepada Ketua Umno Padang Serai Asmadi Abu Talib.

Badrul Hisham mengesahkan perkara itu selepas dikemukakan cek berkenaan, yang merupakan antara dokumen yang disita dalam serbuan pegawai Bank Negara ke atas Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Pendakwaan juga mungkin akan memanggil saksi lain yang dikaitkan dengan pihak lain yang mempunyai kaitan dengan transaksi cek berkenaan seperti Vital Spire Sdn Bhd, Zulqarnain & Co, Centre for Strategic Engagement, Lim Soon Peng, Solar Shine Sdn Bhd, dan law firm Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Sementara itu, semalam, mahkamah tidak membuat sebarang keputusan berhubung penularan klip video prosiding yang dimuat naik bekas pegawai Najib, Isham Abdul Jalil.

Klip video itu memaparkan pemilik ABS Trend Master Sdn Bhd owner Zulkarnain (nama kelurga tidak disebut oleh pendakwaan) dan pemilik MOZ Malaysia Sdn Bhd Mohammad Zakariyya Zearat Khan yang memberi keterangan berhubung penglibatan mereka dalam membina pondok pengawal dan tangki air di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

Zulkarnain dan Zakariyya merupakan saksi keenam dan ketujuh.

Dalam keterangannya, Badrul Hisham menyebutkan ABS Trend Master dan MOZ Malaysia masing-masing sebagai penerima cek RM100,000 dan RM56,000.

Isham mempertahankan tindakannya memuat naik klip video berkenaan dengan berkata bahawa mahkamah hanya melarang siaran langsung prosiding atau membuat rakaman peribadi. Jelas Isham, klip video berkenaan adalah dari sistem rakaman dan transkrip (CRT) mahkamah.Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.