Header

Tidak letak calon bukti PAS faham politik Sabah, kata Annuar


KUALA LUMPUR, 14 Sept —
Ketiadaan calon PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan satu strategi politik.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata, PAS pada masa sama memahami senario politik Sabah yang bersifat agak 'unik' jika dibandingkan di Semenanjung Malaysia.

“Ramai juga yang tidak memahami bahawa tidak bertandingnya PAS di Sabah adalah satu strategi seperti tidak bertandingnya Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

“Politik Sabah agak unik dan pimpinan PAS amat memahaminya. Semangat Muafakat Nasional, Perikatan Nasional (PN) tetap ada PAS bersamanya,” katanya di media sosial.

Kelmarin, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketiadaan calon PAS pada PRN Sabah adalah bagi mengelak daripada 'terperangkap' dengan perangkap parti lawan.

Jelas Tuan Ibrahim, ia juga merupakan satu strategi politik demi mengukuhkan perpaduan gabungan dalam PN.

Sebelum ini, PAS pernah menyuarakan hasrat untuk bertanding 10 kerusi pada PRN Sabah.




______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.