Header

Siasat laporan firma China kumpul data 1,400 rakyat M'sia kata menteri


Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan siasatan perlu dijalankan berhubung laporan media yang mendedahkan syarikat berkaitan tentera dan risikan di China mengumpul data 1,400 rakyat Malaysia.

Beliau yang juga menteri kanan (kluster keselamatan) berkata demikian pada laporan berita pantas Bernama.

Terdahulu, ABC News yang berpusat di Australia melaporkan sebuah firma China yang mempunyai hubungan dengan tentera dan rangkaian perisikan di China telah mengumpulkan maklumat profil 1,400 rakyat Malaysia.

Seramai 1,400 rakyat Malaysia berkenaan adalah antara 250,000 orang yang maklumat mereka diperoleh daripada pangkalan data Zhenhua Data yang bocor, yang menyimpan maklumat 2.4 juta orang.

Laporan itu tidak menjelaskan secara terperinci maklumat yang dikumpulkan terhadap 1,400 rakyat Malaysia berkenaan.

Bagaimanapun berdasarkan data seramai 35,558 rakyat Australia yang dibocorkan, mereka merangkumi ahli politik, hakim, diplomat, wartawan dan hartawan.

Laporan itu juga menyebut bahawa Tentera Pembebasan Rakyat China dan Parti Komunis China antara pelanggan utama Zhenhua Data.


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.