Header

Momentum Slim tidak akan sampai ke Sabah - Warisan


SANDAKAN:
Momentum kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim tidak akan diterjemah dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Demikian ditegaskan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd Azis Jamman yang juga Ahli Parlimen Sepanggar.

Menurutnya, di Slim, majoriti pengundi adalah orang Islam dan tiga parti utama yang berkempen ketika itu pula diterajui orang Melayu, merujuk kepada UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kawasan Slim itu, majoritinya bumiputera Islam.

"Jadi, tidak dinafikan, apabila tiga parti Melayu terbesar di Semenanjung Malaysia itu bergabung, ia pastinya membentuk satu landskap politik di mana, nampak orang Melayu bersatu.

"Tetapi, sebenarnya dalam sebuah negara multiracial (pelbagai bangsa) seperti Malaysia, khususnya kita di Sabah ini, dengan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama, saya yakin, percaya, apa yang berlaku di Slim itu tidak akan dapat diterjemahkan untuk datang ke negeri Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Libaran, di sini, malam tadi.

Menurut Mohd Azis, Sabah unik kerana memiliki pelbagai kaum dan agama.
Tambahnya, ia menjadi kekuatan kepada Warisan yang merupakan sebuah parti pelbagai bangsa.

Sebelum ini, beberapa penganalisis politik dan pemimpin menegaskan kemenangan BN di PRK Slim akan dibawa ke Sabah. - Astro



...
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.