Header

Calon DAP dahului enam kerusi untuk Warisan Plus


KUALA LUMPUR:
Wakil DAP yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (WARISAN), mendahului enam daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, DAP mendahului di DUN Likas, Luyang, Kepayan, Elopura, Tanjong Papat dan Sri Tanjong manakala Perikatan Nasional (PN) mendahului di kerusi Bingkor.

Setakat jam 8.30 malam tadi, DAP memperoleh 6,804 undi di DUN Likas, Luyang (15,420), Kepayan (12,733), Elopura (10,821), Tanjong Papat (5,900) dan Sri Tanjong (11,150).

Bagi kerusi DUN Bingkor, Perikatan Nasional (PN) mendahului dengan 5,344 undi.


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.