Header

Pastikan pembubaran 3 pasukan khas tidak jejas kemampuan polis, kata Lee Lam Thye


LANGKAWI: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap pembubaran 3 pasukan khas polis tidak menjejaskan prestasi serta kemampuan pasukan keselamatan tersebut.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Lee Lam Thye berkata, pihaknya juga menyedari pembubaran Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING); Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (STAGG); dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) merupakan keputusan pentadbiran polis.

“Saya anggap ini sebagai keputusan pentadbiran polis bagi menentukan dasar mereka. MCPF berharap sungguhpun ketiga-tiga pasukan khas ini dibubarkan, paling penting polis harus pastikan bahawa ia mempunyai anggota mencukupi bagi meneruskan peranan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

“Sungguhpun ketiga-tiga pasukan tersebut dibubarkan, akhirnya yang paling penting ia tidak jejaskan prestasi serta kemampuan polis dalam memerangi jenayah di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Temuseru Orang Diparol Bersama Komuniti di Kompleks Sukan LADA di sini, hari ini.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.