Header

Majlis Agama Islam Perancis saman Facebook, Youtube


PARIS - PERANCIS. Salah satu kumpulan utama mewakili orang Islam di Perancis, hari ini memfailkan saman ke atas Facebook dan Youtube kerana didakwa menghasut keganasan kerana membenarkan rakaman kejadian serangan ganas di Christchurch disiarkan menerusi platform mereka.

Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) berkata, firma gergasi itu telah menyebarkan bahan yang menggalakkan keganasan dan merosakkan martabat manusia.

Menurut presidennya, Abdallah Zekri, organisasi itu telah melancarkan aduan rasmi terhadap Facebook dan Youtube di Perancis.

Terdahulu, laman sosial Facebook memaklumkan ia bergelut untuk memadamkan ratusan ribu salinan rakaman keganasan terbabit.

Tetapi, beberapa jam selepas kejadian itu, rakaman terbabit masih boleh ditemui di Facebook, Twitter dan Youtube termasuk Instragram dan Whatsapp.

Minggu lalu, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat menghantar surat kepada eksekutif empat syarikat teknologi utama meminta mereka mengambil langkah sewajarnya untuk memadamkan kandungan ganas. - Reuters

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.