Header

Kekalahan Bersatu Di Semenyih



1) Kekalahan di Semenyih bukanlah kekalahan PH sebenarnya. Ia adalah kekalahan Parti Bersatu. Serangan DSAI dan SR kepada PAS pada saat akhir kempen memberikan impak negatif kepada Bersatu. Ia tidak mengurangkan undi orang PAS kepada BN, bahkan memberi mereka semangat baru untuk melawan PH atas nama PH memfitnah PAS. Bersatu yang kena padahnya.

2) DSAI pun tahu orang PAS akan bangkit memprotes kempen serangannya kepada PAS dengan memberi undi kepada BN. DSAI tahu sikap orang PAS. Mustahil DSAI yang hebat tidak kenal kewalakan ahli PAS, pantang parti mereka difitnah, mereka akan pertahankannya dan akan ajar PH, maka undi diberi kepada BN tanpa kekok. Jika mahu BN kalah, yang patut diserang adalah BN.

3) Apa yang cuba dilakukan oleh PH setakat ini adalah menyerang personaliti dalam PAS dengan tujuan menghapuskan kewalakan ahli kepada pemimpin mereka. Sifirnya jika kredibilti pemimpin jatuh, walak itu akan hilang. Rupanya tidak, ia lebih mengukuhkan kewalakan mereka. Samalah halnya seperti orang PKR yang walak dan taksub kepada DSAI. Sebut saja nama lain sebagai PM ke-8, melenting habis semuanya. Saya pun melenting. Waaaarghhhh!!!

Sekian

Dr Tanaka Mustafa

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.