Kegagalan dalam mencari kemuliaan tak ubah seperti pekerjaan dalam kehinaan
Kegagalan dalam mencari kemuliaan tak ubah seperti pekerjaan dalam kehinaan. Memberi sedikit tapi meminta tanpa ikhlas pula lebih hina dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
Sekiranya Nurul Izzah rasa tercabar dengan membuat rumusan dengan menjaja maruah Perdana Menteri dan kerajaan Pakatan Harapan sebagai huru-hara adalah lebih baik Nurul Izzah bersara terus dari politik daripada mengungkit kisah-kisah silam yang tidak memberi kebaikan kepada negara.
Apalah guna kita memiliki ahli politik seperti ini, sekiranya sikap tidak ikhlas dan tiada semangat kesetiakawanan sesama kita selain mencerca Perdana Menteri diluar negara adalah tindakan yang sangat tidak matang, selain menggambarkan dirinya seorang yang dikuasai oleh hawa nafsu yang serakah dan tidak ikhlas.
Kita boleh tidak sependapat dengan Perdana Menteri, tidak salah kita mengkritik kesilapannya, tetapi mengkritik dengan hinaan selain mengungkit perkara silam terhadap Perdana Menteri di Singapura sebagai amat tidak beretika dan mengaibkan imej Dr Mahathir serta mencemar maruah negara.
Sekiranya kelakonan ini menjadi gerakan untuk menggulingkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia, ANDA SILAP. Kerana seandainya anda tergolong parasit jenis ini, rakyat akan bangun memeranginya, sehingga tamat riwayat politik serta kuncu kuncunya.
"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang” Kini perbuatan anda dipermainkan orang.
"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah" Kini tembelang anda sudah pecah dalam kehinaan yang anda ciptakan sendiri.
Adam Aqill
TEGAR PH
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Post a Comment