Header

Al-Fahmu


Percaya tak kalau dikatakan, Tun M pun tak faham maka di luar sana berapa ramai pula yang tidak faham mengenai PAS.

Perkataan "PAS TAK DAPAT APA" itu menandakan kejahilan mereka tentang PAS dan perjuangannya.

Mereka sangka PAS ini sama dengan mereka yang menganut sakularisme.

Justeru itu mereka menyangka PAS kemaruk kemenangan seperti mereka kemarukkannya.

Mereka sangka PAS mengutamakan Putrajaya lebih dari Islam sebagaimana mereka. Mereka sangka PAS tergilakan jawatan PM semacam sebahagian mereka tergilakannya sampai jadi sasau.

Sebagai sebuah parti Islam PAS bergerak dan bersikap sesuai dengan panduan Islam. Memang betul PAS tak dapat apa-apa pun di dua PRK C.Highland dan Semenyih.

Itu jika ditinjau dari kacamata Tun yang retak dan kacamata Anwar dan LKS yang kelabu. Apatah lagi jika ditinjau dari sudut pandang Mat Sabu yang tak berkacamata.

Tuan-tuan penasihat dan presiden parti-parti dalam PH. Suka saya perkenalkan PAS kepada tuan-tuan semua. Di C.Highland dan Semenyih PAS tidak bertanding. Betul...

PAS hanya membantu BN dan UMNO untuk menang. Bila BN menang bermakna PH kalah. "KEKALAHAN PH" itu lah yang PAS dapat. Kerana bagi PAS mengalahkan PH adalah sebahagian daripada "AN NAHYU 'ANIL MUNGKAR". Kerana dalam Islam menolak kemungkaran sama pentingnya dengan menegakkan kebaikan.

Kedudukan semasa, menunjukkan PH lebih banyak kemudharatannya berbanding zaman pemerintahan BN. Memanglah hasrat utama PAS ialah meraih kemenangan untuk PAS dan kemudian dengan kemenangan itu PAS akan menegakkan peraturan hidup berasaskan Islam. Namun kaedah fiqh mengatakan;

دفع المفاسد أولى من جلب المصالح

Menolak kemudharatan itu adalah lebih diutamakan daripada mendatangkan kebaikan.

Kalau PAS belum punya kekuatan menumbangkan PH secara sendirian maka tiada salahnya PAS berkerjasama dgn UMNO untuk menumbangkan kemudharatan PH. Walaupun yang menang itu ialah BN tapi yang PAS dapat ialah kekalahan PH.

Tidak kah anda nampak?..PAS telah dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah, iaitu menentang kemungkaran. Dengan menunaikan tanggungjawab itu bermakna PAS dapat PAHALA. Petugas PAS dapat Pahala. Para penderma PAS dapat pahala. Saya tidak bersedih jika anda tidak faham tentang pahala yang PAS dapat kerana saya tahu anda melihat dari kacamata sekular. Sedangkan sekularisme tidak pernah mengenal dosa dan pahala.

Tidak kah anda nampak? PAS dapat rakan (UMNO) untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengalahkan PH dalam siri-siri PRK lagi jika ada dan PRU15 yang akan datang. Mendapat rakan adalah sebahagian daripada bantuan dan pertolongan Allah. Firman Allah swt;

(وَإِن یُرِیدُوۤا۟ أَن یَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِیۤ أَیَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِینَ)

[Surat Al-Anfal 62]

Maksudnya: Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Bukankah dalam ayat di atas Allah menjanjikan kekuatan kepada orang yang beriman itu dengan dstangnya pertolongan Allah dan sokongan orang-orang yang beriman?. Itulah yang PAS dapat. Pun begitu saya tidak merasa sedih jika anda tidak nampak apa yg PAS dapat. Kerana saya sedar  Pandangan anda ditinjau dari sudut sekular. Sedangkan sekular tidak punya kitab suci.

TIDAKKAH ANDA NAMPAK?

Dengan berlangsungnya dua PRK itu sifat Taat dan wala' ahli PAS kepada pimpinan dan parti semakin difahami dan kukuh. Justeru Taat dan wala' itulah tunjang kekuatan berjamaah dalam PAS yang tidak ada dalam parti-parti sekular di belahan dunia mana sekalipun. Wala' dan Taat adalah konsep berjamaah yang diajar oleh Islam. Bukan senang untuk ahli-ahli PAS turun membantu UMNO yang dimusuhinya puluhan tahun. Tapi demi wala' dan taat kepada pimpinan dan parti, mereka gagahi juga. Bukan senang untuk pengundi PAS mahu menggerakkan jari mereka mengundi calon BN. Tapi demi wala' dan taat, mereka pejam mata dan mereka bertawakkal kepada Allah. Mereka ditarbiyyah secara praktikal dan amali erti dan makna perjuangan. Membezakan antara kepentingan Islam dan kepentingan perasaan dan emosi. Mereka tidak menyangkal arahan parti jauh sekali memberontak. Kesetiaan Ahli itulah yang PAS dapat, yang tidak didapati oleh Bersatu,DAP,PAN dan PKR.

Untuk kali ini cukuplah sekadar itu saya senaraikan apa yang PAS DAPAT melalui dua PRK yang sudah berlalu itu.

UMS
4. Mac.2019

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.